Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut :
1️⃣ Penjagaaan kebersihan gigi yang baik
✅ Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam
✅ Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi
✅ Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun
✅ Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi
✅ Jangan berkongsi berus gigi
✅ Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang
2️⃣ Makan secara sihat
✅ Makan makanan yang seimbang
✅ Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak
✅ Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan
✅ Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan bergula
3️⃣ Pemeriksaan pergigian secara berkala
✅ Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian
✅ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun
✅ Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian