KENAPA GIGI KITA BERGOYANG ?

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami gigi goyang, terutama ketika pada zaman kanak-kanak, di mana gigi susu mula longgar dan gugur. Keadaan ini merupakan proses fisiologi di mana gigi susu akan memberi ruang untuk gigi kekal tumbuh.

Gigi susu atau kegigian primer akan mengalami proses pelesapan akar secara perlahan-lahan, dan akan dirangsang oleh pertumbuhan gigi kekal di bawahnya. Selepas beberapa ketika, gigi susu akan gugur dan digantikan dengan gigi kekal atau kegigian sekunder.

Bagaimana pun, gigi goyang pada kegigian sekunder merupakan satu pengalaman yang agak menakutkan dan ia bukanlah satu proses fisiologi. Malahan, ia dianggap sebagai petanda kepada penyakit.

Kegigian kekal menjadi goyang oleh beberapa sebab, termasuklah kecederaan atau trauma, tabiat mengetam gigi, menggigit pada benda yang keras dan penyakit gusi.

Terdapat dua jenis kegoyangan gigi :

1️⃣ Fisiologi atau kegoyangan gigi normal

Gigi tidak melekat secara langsung di dalam tulang rahang, tetapi ianya dihubung dengan soket dan ligamen periodontium, sejenis tisu khas di dalam gusi. Pergerakan yang sedikit ini membantu dalam menampung daya, terutama ketika mengunyah atau menggigit.

2️⃣ Patologi atau kegoyangan gigi tidak normal

Pelekatan ligament periodontium dengan gigi berkurangan disebabkan kehilangan pelekatan tisu, seperti kehilangan tulang dan jika berlakunya keradangan kepada tisu. Tahap kegoyangan bergantung kepada jumlah tulang dan ligament periodontium yang tinggal.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI