Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut. Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang.
Di Malaysia, prevalence (kelaziman) kelahiran pramatang adalah 10% (statistik 1998). Bukan semua ibu yang mengalami sakit bersalin kurang dari 37 minggu itu akan bersalin awal (hanya dalam linkungan 30% hingga 50% sahaja). Selebihnya sakit akan berhenti sendiri atau diberhentikan dengan bantuan ubat tokolitik.
Pramatang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku. Lebih awal pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi. Komplikasi awal dan lewat adalah termasuk :
1️⃣ Sindrom kesesakan pernafasan disebabkan kekurangan cecair yang dipanggil surtaktan di dalam paru-paru
2️⃣ Pendarahan di dalam otak
3️⃣ Jaundis
4️⃣ Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang
5️⃣ Masalah jangkitan – jangkitan di dalam darah (septisemia), paru-paru (radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus (Necrotising Enterocolitis)
6️⃣ Penyakit retina yang tidak matang (Retinopathy of Prematurity) – satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang
7️⃣ Penyakit paru-paru yang kronik
8️⃣ Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi
9️⃣ Inguinal hernia akibat kelemahan otot-otot di pelipat paha
Oleh kerana organ-organ bayi belum matang ia akan lebih terdedah kepada banyak masalah yang boleh membawa maut kepada bayi.
Lebih awal bayi dilahirkan, lagi teruk tahap komplikasinya. Namun masalah ini dapat dikurangkan dengan adanya rawatan hospital pakar yang lengkap dengan perkhidmatan ICU kanak-kanak.