PENGGUNAAN UBATAN YANG SELAMAT BAGI KANAK-KANAK

Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan untuk merawat atau mengelak penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan.

Kesilapan dalam menggunakan ubat-ubatan boleh memudaratkan tubuh. Oleh yang demikian amatlah mustahak bagi anda mengikuti arahan yang diberikan oleh anggota kesihatan dengan betul. Kita juga harus tahu maklumat asas berkaitan ubat yang diambil.

Terdapat 2 kumpulan besar ubat-ubatan :

▪️ Ubat yang diperolehi melalui preskripsi doktor
▪️ Ubat-ubatan “Over-the-counter” (OTC) ataupun diperolehi tanpa preskripsi doktor

🚨𝙆𝙚𝙙𝙪𝙖-𝙙𝙪𝙖 𝙠𝙖𝙩𝙚𝙜𝙤𝙧𝙞 𝙪𝙗𝙖𝙩-𝙪𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙜𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙩𝙞-𝙝𝙖𝙩𝙞

Apakah yang perlu ditanya pada ahli farmasi atau doktor anda mengenai ubat ?

1️⃣ Apakah nama ubat tersebut?
2️⃣ Apakah kegunaannya?
3️⃣ Berapa banyak dan berapa kerap anak anda memerlukannya?
4️⃣ Berapa lamakah anak anda perlu mengambilnya?
5️⃣ Apakah kesan sampingan yang mungkin terjadi?
6️⃣ Bagaimana jika anak anda tertinggal satu dos?
7️⃣ Ada masalahkah jika anak anda mengambil ubat-ubat lain?
8️⃣ Berapa lamakah sesuatu ubat itu memberikan kesan?

Anda juga perlu membaca keseluruhan label atau arahan bertulis yang diberikan oleh ahli farmasi. Berikankan ubat kepada anak anda mengikut arahan yang betul.

Pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang cukup untuk anak anda sebelum temu janji berikutnya (jika ubat itu digunakan untuk tempoh yang lama) dan habiskan ubat yang diberikan untuk anak anda kecuali jika diarahkan sebaliknya.

INGAT, Jangan berikan ubat anak anda kepada kanak-kanak lain walaupun difikirkan mereka mempunyai penyakit yang sama.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI