EMOSI IBU LEPAS BERSLIN JUGA MEMERLUKAN PERHATIAN

•

“𝑲𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒉 𝒘𝒂𝒍𝒂𝒖𝒑𝒖𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒂𝒚𝒊?”

Soalan ini mungkin pernah bermain dalam fikiran sesetengah ibu. Selepas bersalin, ibu melalui perubahan besar dari segi fizikal, rutin harian dan emosi. Kurang tidur, pemulihan badan, penyusuan serta tanggungjawab menjaga bayi boleh membuatkan ibu rasa sangat letih.

Ada masa ibu mungkin berasa mudah menangis, cepat marah, cemas atau rasa tidak mampu melakukan semuanya. Perasaan ini tidak menjadikan ibu seorang yang lemah atau tidak pandai menjaga anak.

Namun, jika perasaan sedih, cemas atau putus asa berterusan, semakin kuat atau mengganggu kehidupan harian, ibu perlu berbincang dengan doktor atau petugas kesihatan. Sokongan dan rawatan tersedia untuk membantu ibu.

Jika ada fikiran untuk mencederakan diri sendiri atau bayi, dapatkan bantuan kecemasan dengan segera. Ibu juga berhak untuk dijaga. ❤️

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum