
Rekod imunisasi anak mungkin nampak seperti buku kecil biasa, tetapi maklumat di dalamnya sangat penting.
𝐈𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚:
1️⃣ 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐤𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤
Bila anak hadir untuk imunisasi atau pemeriksaan, petugas kesihatan boleh melihat vaksin yang telah diterima dan dos yang masih perlu diambil.
2️⃣ 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐢𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢
Rekod yang lengkap membantu doktor memberi panduan tentang langkah seterusnya berdasarkan umur dan sejarah imunisasi anak.
3️⃣ 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧
Rekod imunisasi mungkin diperlukan untuk urusan sekolah, aktiviti tertentu atau apabila anak mendapatkan rawatan di tempat lain.
Simpan rekod imunisasi bersama dokumen penting anak. Ambil juga gambar setiap halaman sebagai salinan simpanan dalam telefon. 📌





