
Bayi menangis ialah cara mereka berkomunikasi. Kadang-kadang bayi menangis kerana lapar, lampin basah, mengantuk, mahu dipeluk atau tidak selesa.
Ada juga bayi yang menangis kerana perut berangin, terlalu letih atau suasana sekeliling terlalu bising. Cuba tenangkan bayi dengan memeluknya, menyusukan jika sesuai, menukar lampin atau membawa bayi ke tempat yang lebih tenang.
Namun, jika tangisan bayi terlalu kuat, berpanjangan dan sukar dipujuk, ibu bapa perlu melihat keadaan bayi secara keseluruhan. Perhatikan sama ada bayi demam, muntah berulang, enggan menyusu, kelihatan lemah atau mempunyai masalah pernafasan.
Jangan sesekali menggoncang bayi apabila rasa penat atau tertekan. Jika ibu atau penjaga terlalu letih, letakkan bayi di tempat yang selamat dan minta bantuan ahli keluarga.
Jika ibu bapa rasa tangisan bayi tidak seperti biasa atau ada tanda bayi tidak sihat, dapatkan pemeriksaan doktor. Lebih baik bertanya awal daripada menunggu keadaan menjadi lebih membimbangkan





