5 Perkara Yang Bakal Ayah Boleh Bantu Sepanjang Kehamilan

Kehamilan bukan hanya perjalanan seorang ibu, malah ia juga merupakan perjalanan seorang bakal ayah. Sokongan yang diberikan oleh suami sepanjang tempoh kehamilan boleh membantu mengurangkan tekanan, keletihan dan kebimbangan yang dialami oleh ibu.

Tidak semestinya perlu melakukan perkara yang besar. Kadangkala bantuan yang kecil seperti menemani isteri ke klinik atau bertanya keadaan mereka setiap hari sudah cukup membuatkan ibu berasa lebih tenang dan dihargai.

Apabila ibu berada dalam keadaan emosi yang baik dan mendapat sokongan daripada keluarga, ia turut memberi kesan positif kepada pengalaman kehamilan secara keseluruhannya.

Antara perkara yang boleh dilakukan :
1️⃣ Temankan isteri ketika pemeriksaan kandungan
2️⃣ Bantu melakukan kerja rumah yang berat
3️⃣ Pastikan ibu makan mengikut waktu
4️⃣ Ingatkan pengambilan vitamin
5️⃣ Berikan sokongan emosi setiap hari

Kehamilan menjadi lebih mudah dilalui apabila ibu dan ayah saling bekerjasama dalam menjaga kesihatan ibu serta perkembangan bayi di dalam kandungan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum