𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚

Pergerakan bayi dalam kandungan adalah salah satu perkara yang selalu ibu perhatikan . Sebab itu apabila bayi terasa kurang bergerak daripada biasa, ramai ibu mula rasa risau dan tidak tenang.

Setiap bayi mempunyai corak pergerakan yang berbeza, namun ibu biasanya akan mula mengenali pattern pergerakan bayi sendiri apabila kandungan semakin besar.
Kadangkala bayi mungkin kurang aktif ketika ibu sibuk bergerak atau sedang tidur.

Namun jika pergerakan terasa semakin kurang untuk tempoh yang lama, keadaan ini tidak boleh diabaikan.

Antara perkara yang ibu boleh lakukan
• Cuba berehat dan fokus pada pergerakan bayi
• Minum air atau makan sesuatu yang ringan
• Pantau pergerakan bayi untuk beberapa ketika
• Segera lakukan pemeriksaan jika masih kurang bergerak

Pemeriksaan awal sangat penting untuk memastikan keadaan bayi berada dalam keadaan baik.

Ibu disarankan datang ke klinik berhampiran supaya pemeriksaan kandungan dapat dilakukan dengan lebih teliti.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum