
Kaki bengkak adalah keadaan yang biasa dialami oleh ramai ibu mengandung, terutama apabila kandungan semakin membesar ๐คฐ. Ini berlaku kerana perubahan hormon, pertambahan cecair dalam badan, dan tekanan daripada rahim.
Biasanya bengkak menjadi lebih ketara selepas berdiri lama atau menjelang waktu malam.
๐๐๐ซ๐ ๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ค
- Tinggikan kaki ketika berehat
- Elakkan berdiri terlalu lama
- Minum air secukupnya ๐ง
- Kurangkan pakaian atau kasut yang terlalu ketat
Walaupun ia biasa berlaku, ibu perlu lebih berhati-hati jika bengkak berlaku secara tiba-tiba atau turut melibatkan muka dan tangan โ ๏ธ.
Jika disertai sakit kepala, pening, atau penglihatan kabur, segera dapatkan pemeriksaan kerana ia mungkin tanda tekanan darah tinggi semasa hamil.
Ibu disarankan datang ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan tekanan darah dan pemantauan kandungan ๐ฉโโ๏ธโค๏ธ.






