
Kecederaan kegigian susu boleh mengakibatkan kecederaan kepada struktur gigi kekal yang sedang berkembang berdekatan dengan akar gigi susu.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor gigi jika kanak β kanak mengalami kecederaan kegigian dan jika ada kelewatan dalam perkembangan gigi kekal.
βͺοΈ Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)
π Rawatan yang diberi berdasarkan kepada kecederaan tersebut.
π Jika gigi susu terlalu goyang, ia perlu dicabut.
π Jika tergerak sedikit, tetapi tidak menganggu fungsi, ia boleh diperhatikan dahulu dan dicabut hanya jika mempunyai gejala.
βͺοΈ Avulsi
π Gigi susu yang teravuls (tercabut keluar dari soketnya) tidak perlu diletakkan semula ke dalam soket.
π Gigi yang tercabut keluar perlu dicari.
π Jikalau gigi tercabut itu tidak dijumpai, kanak-kanak tersebut akan perlu diperiksa untuk memastikan jika ada kemungkinan gigi itu tertelan atau termasuk ke dalam saluran pernafasan
βͺοΈ Gigi patah
π Rawatan yang diberi berdasarkan bahagian mana gigi tersebut yang patah.
π Jika ianya melibatkan bahagian pulpa (saraf) gigi, cabutan mungkin lebih sesuai.
π Sekiranya kanak-kanak tersebut boleh memberi kerjasama, maka rawatan akar pada gigi susu tersebut boleh juga dijalankan.
π Doktor gigi anda dapat memberi nasihat selepas pemeriksaan jikalau gigi tersebut boleh ditampal.





