KENALI JENIS-JENIS KECACATAN JANTUNG

Jika anak anda mempunyai kecacatan jantung, ini bermakna anak anda telah dilahirkan dengan masalah pada struktur jantungnya.

Sesetengah kecacatan jantung dalam kalangan kanak-kanak adalah ringkas dan tidak memerlukan rawatan. Kecacatan jantung kongenital dalam kalangan kanak-kanak yang lain adalah lebih rumit dan perlu menjalani beberapa pembedahan selama bertahun-tahun.

3 Jenis kecacatan jantung :

1️⃣ Jantung berlubang tanpa kebiruan

👉 Ventricular septal defect (VSD)
Terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan darah mengelencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru. Lubang yang kecil biasanya tertutupsecara sendiri.

👉 Atrial septal defect (ASD)
Terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan alat penutupan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.

👉 Atrio-ventricular septal defect (AVSD)
Biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.

👉 Patent ductus arteriosus (PDA)
Terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan coil atau alat sumbatan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar selalunya memerlukan pembedahan jantung untuk menutupnya.

2️⃣ Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)

👉 Transposition of great arteries (TGA)
Dalam hal ini pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang tebalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru malah kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan.

👉 Fallot tetralogy
kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru. Pembedahan paliatif (meringankan simtom) biasanya dilakukan sebelum pembedahan definitif.

3️⃣ Kecacatan jantung jenis sumbatan

👉 Pulmonary stenosis (PS)
Terjadi apabila berlaku penyempitan di injap atau di arteri pulmonary. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan belon yang dikembangkan di tempat tersempit ini atau pun secara pembedahan.

👉 Aortic stenosis (AS)
Saluran atau injap aorta yang sempit yang akan memmberi bebean ke atas ventrikal kiri. KAnak-kanak ini perlu diberi perhatian yang lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana mereka perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI