BAGAIMANA CARA SENDAWAKAN BAYI ?

Semasa bayi menghisap susu, dia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu, bayi perlulah disendawakan dengan cara menggosok belakang badan bayi secara perlahan-lahan sehingga udara keluar (sendawa). Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali semasa menyusu untuk mengelakkan bayi muntah.

Kes tersedak mungkin berlaku sekiranya sendawa tidak diamalkan. Ini kerana susu yang dimuntahkan oleh bayi, akan ditelan semula dan masuk ke salur pernafasan, yang menyebabkan bayi tersedak.

Terdapat 3 cara posisi untuk sendawa. Posisinya adalah seperti berikut :

1️⃣ Posisi bahu
▪️ Letakkan bayi di atas bahu anda supaya tulang selangka (collar bone) anda menekan perut bayi.
▪️ Tekanan ini sangat penting untuk memastikan sendawa yang baik. Pastikan bayi anda diampu dalam keadaan selesa.

2️⃣ Posisi tangan
▪️ Dudukkan bayi di atas riba anda. Ampukan bayi dan tolak sedikit bayi ke hadapan supaya badan bayi sedikit condong.
▪️ Gosok dan tepuk bayi dengan perlahan. Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya.

3️⃣ Posisi riba
▪️ Letakkan kain di atas riba anda. Tiarapkan bayi di atas paha anda dengan tangan anda menyokong kepalanya.
▪️ Dengan perlahan, gerakkan lutut anda ke arah perut bayi untuk memberi tekanan supaya bayi sendawa.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI