Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

Bayi tidak perlu dimandikan setiap hari, walaupun begitu tiada masalah sekiranya anda ingin mandikan bayi anda setiap hari.

Jangan mandikan bayi terus selepas menyusu atau ketika bayi lapar atau keletihan. Berikut cara memandikan bayi dengan selamat mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia :

1️⃣ Isikan air suam ke bekas mandian bayi

2️⃣ Periksa suhu kehangatan air mengukan pergelangan tangan atau siku anda

3️⃣ Jangan sesekali gunakan air sejuk, kerana boleh menyebabkan suhu bayi menurun dan menyebabkan hypertomia. Ini kerana bayi masi lemah dan boleh menyebabkan bayi kebiru-biruan dan mendapat sawan.

4️⃣ Semasa memandikan bayi juga, tidak disarankan memasang kipas atau membuka tingkap. Untuk mengelakkan bayi berasa sejuk.

5️⃣ Masa sesuai mandikan bayi 10:00 pagi dan 05:00 petang.

6️⃣ Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bungkus bayi dengan napkin atau kain khas supaya bayi tidak kesejukan.

7️⃣ Langkah semasa memandikan bayi :
👉 Cuci mata bayi mengunakan kapas atau kain bersih yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap dibahagian mata telebih dahulu
👉 Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air
👉 Letak sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut. Siram bayi sedikit demi sedikit
👉 Gosok badan bayi mengunakan sabun mandian bayi
👉 Pastikan anda bersihkan dibahagian lipatan seperti leher, ketiak,paha,kaki dan punggung
👉 Kemudian bilas bayi dengan bersih dan lap badan bayi sehingga kering
👉 Setelah itu sapukan bayi dengan losyen bayi,bedak dan pakaikan baju
👉 Ibu digalakan memberikan susu, selepas mandian kerana bayi akan berasa lapar. Ibu bapa seharunya memilih susu yang sesuai dengan bayi anda.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI