APAKAH TANDA KEACATAN JANTUNG PADA BAYI ?

Kecacatan jantung yang ujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.

Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel yang berfungsi sebagai jantung sebelah kanan dan jantung sebelah kiri.

Darah yang beroksigen rendah (deoxyhaemoglobin) yang kembali dari tubuh masuk ke dalam jantung sebelah kanan dan dipam melalui injap pulmonari ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen.

Darah beroksigen tinggi dari paru-paru ini kemudian kembali masuk ke dalam jantung sebelah kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.

Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut:

✅ Mempunyai deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik.
✅ Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
✅ Kegagalan jantung : bayi mungkin bernafas secara kencang atau sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
✅ Tumbesaran terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen disebabkan oleh sakit jantung jenis biru.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI