BEARAPA LAMAKAH TEMPOH BERPANTANG ?

Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :

1️⃣ Wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
2️⃣ Masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari
3️⃣ Masyarakat India mengamalkan selama 30 hari

Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.

Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.

Ini termasuk proses pemulihan akibat :

✅ Kehilangan darah semasa bersalin
✅ Pengecutan rahim
✅ Keseimbangan hormon
✅ Ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
✅ Kehilangan tenaga semasa proses bersalin

Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.

Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.

Pantang larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.

Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI