8 TANDA MASALAH PENGLIHATAN DIKALANGAN KANAK-KANAK

1️⃣ Membaca buku pada jarak yang terlalu dekat
2️⃣ Sukar membaca tulisan di papan hitam di sekolah
3️⃣ Tidak dapat membaca pada jangka masa yang lama
4️⃣ Sering menggosok mata
5️⃣ Sering mengelipkan mata dan mengecilkan mata untuk melihat
6️⃣ Kerap pening dan sakit kepala
7️⃣ Sensitif pada cahaya yang terang
8️⃣ Gemar menggunakan satu mata untuk melihat

Sekiranya terdapat sebahagian daripada tanda-tanda di atas pada anak anda, bawalah mereka untuk mendapat pemeriksaan optometris dengan segera.

Pemeriksaan mata komprehensif akan dilakukan dan optometris akan mengesahkan keadaan mata anak anda. Jangan berlengah sekiranya anak anda perlu memakai cermin mata bagi mengelakkan mata malas berlaku.

Ibu bapa dan ahli keluarga yang lain perlu memberi sokongan dan galakkan mereka supaya sentiasa memakai cermin mata.

Seeloknya cuba hindari sikap mengejek anak yang bercermin mata. Berjumpalah dengan guru kelas untuk menerangkan masalah penglihatan yang anak anda alami.

Kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata kasar perlu juga menjalani pemeriksaan mata. Pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan seawal usia empat tahun atau ketika mula memasuki tadika.

Pada peringkat umur sebegini mereka tidak mampu membezakan penglihatan yang normal dengan tidak normal. Mereka tidak berupaya memberitahu ibu bapa mereka sekiranya penglihatan mereka kabur.

Oleh itu pemeriksaan menyeluruh terhadap mata kanak kanak ini perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata.mereka. Sebarang masalah yang memerlukan pemakaian cermin mata, kanta lekap atau terapi penglihatan, dapat dilakukan dengan segera dan dibetulkan sebelum melangkah ke alam persekolahan

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI