5 SEBAB BERLAKU PENDARAHAN SEWAKTU HAMIL

Pendarahan yang berlaku pastinya mendatangkan kebimbangan kepada individu wanita yang sedang hamil. Tetapi sebenarnya, sesetengah pendarahan yang berlaku tidaklah membahayakan dan mungkin bersifat sementara.

Berikut adalah beberapa keadaan yang memungkinkan anda mengandung tapi keluar darah:

1️⃣ Pendarahan Implantasi
Pendarahan implantasi cenderung muncul sebagai tompok berwarna merah jambu atau coklat muda yang berlaku sekitar 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan. Pendarahan mungkin kelihatan pada permulaan hari haid tetapi ia adalah pendarahan ringan.

2️⃣ Hubungan seks
Adakalanya pendarahan juga boleh berlaku apabila anda melakukan hubungan seks ketika hamil dan darah yang keluar itu disangka sebagai period. Hal ini kerana perubahan permukaan serviks disebabkan oleh hormon anda.

3️⃣ Keguguran
Kebanyakan ibu mengandung yang keguguran berlaku sewaktu 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran merupakan pendarahan yang berkaitan dengan kekejangan rahim. Mungkin juga terdapat laluan bekuan darah besar dari faraj. Jika anda mempunyai simptom ini, maklumkan kepada doktor dengan segera.

4️⃣ Kehamilan ektopik
Sekiranya pendarahan berlaku dalam minggu ke-4 kehamilan dan ke atas, ia mungkin merupakan masalah kehamilan ektopik atau bahasa mudahnya, kehamilan di luar rahim. Ia berlaku apabila tumbesaran janin berlaku di tiub fallopian. Semestinya ia merupakan satu keadaan yang boleh mengancam nyawa ibu.

5️⃣ Masalah uri
Sekiranya kehamilan anda sudah melepasi tempoh minggu ke-24, namun berlaku pendarahan, ia mungkin petanda masalah serius. Anda disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan. Pendarahan yang berlaku mungkin disebabkan keadaan yang dipanggil placenta previa, iaitu uri terletak di bahagian bawah atau placenta abruption di mana uri terlepas dari dinding rahim.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI