5 GOLONGAN BAYI & KANAK-KANAK YANG BERISIKO MENDAPAT RSV

RSV merupakan sejenis jangkitan saluran pernafasan terutamanya pada hidung, tekak dan paru-paru.

Penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak itu adalah sesuatu yang lazim. Hampir 90% daripada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah pernah mengalami kondisi ini tanpa ibu bapa sedari.

Punca jangkitan ini pula adalah daripada virus yang tersebar melalui udara, sentuhan atau titisan. Situasi kontak rapat terutama ketika pembawa virus bersin dan batuk akan meningkatkan risiko jangkitan.

Penyakit RSV adalah lebih berisiko kepada golongan bayi dan kanak-kanak berikut :

▪️ Bayi yang lahir pramatang iaitu kurang daripada 37 minggu kehamilan
▪️ Bayi atau kanak-kanak dengan kondisi paru-paru displasia bronkopulmonari
▪️ Bayi atau kanak-kanak yang ada masalah jantung
▪️ Bayi atau kanak-kanak yang ada masalah saraf
▪️ Bayi atau kanak-kanak yang mengalami kepincangan pada sistem imuniti tubuh badan

Meskipun individu dewasa juga tidak terlepas daripada terkena RSV, namun ia hanya akan mendatangkan simptom biasa yang sama sekali berbeza dengan bayi atau kanak-kanak yang berisiko!

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI