3 TIPS PENJAGAAN GIGI UNTUK ANAK ANDA

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut :

1️⃣ Penjagaaan kebersihan gigi yang baik

✅ Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam
✅ Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi
✅ Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun
✅ Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi
✅ Jangan berkongsi berus gigi
✅ Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang

2️⃣ Makan secara sihat

✅ Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
✅ Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak.
✅ Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.
✅ Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan bergula kerana kandungan gulanya tinggi.

3️⃣ Pemeriksaan pergigian secara berkala

✅ Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
✅ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
✅ Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI