STEROID TOPIKAL UNTUK EKZEMA

Ekzema ni memang common word untuk penyakit kulit. Perkataan ni berasal dari perkataan Greek iaitu eczein yang membawa maksud to boil. Sebab tu ekzema ni boleh membawa kepada kegatalan pada penghidapnya, cuma bergantung kepada ekzema tersebut ringan, sederhana ataupun teruk.

Pesakit biasanya akan mengalami rasa gatal dan kemerahan khususnya pada bahagian tertentu. Kulit pada kawasan yangg terlibat biasanya kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik.

Antara rawatan yang diberikan adalah steroid topikal. Ia digunakan di samping emolien (pelembap) untuk merawat ekzema. Steroid topikal dapat mengurangkan keradangan kulit.

Apakah jenis-jenis steroid topikal yang ada ?

Terdapat banyak jenis dan jenama steroid topikal di pasaran. Steroid topikal boleh terdapat dalam bentuk krim ‘ointment’dan losyen. Steroid topikal secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori mengikut tahap kekuatannya (potency), iaitu ringan, sederhana kuat, kuat (‘potent’) dan sangat kuat.

Sebagai contoh, krim hidrokortison 1% (1% hydrocortisone cream) dikelaskan sebagai steroid topikal ringan. Kesan mengurangkan keradangan bertambah dengan kekuatan (potency) satu steroid, tetapi penggunaan berterusan akan membawa risiko kesan sampingan yang lebih tinggi.

Krim adalah terbaik untuk merawat kawasan lembap manakala ‘ointment’ biasanya terbaik untuk merawat kawasan kulit yang kering atau tebal.

Steroid topikal biasanya digunakan dua kali sehari melainkan steroid topikal yang kuat digunakan sekali dengan amaun yang sedikit pada kawasan kulit yang radang. Ini adalah berbeza dengan emolien yang perlu digunakan secara liberal di seluruh badan. Anda perlu menggosok steroid topikal bentuk krim atau minyak ke dalam kulit sehingga ianya hilang.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI