Pernahkan anda tidak ada nafsu makan padahal makanan favourite terhidang di depan mata?
Sebenarnya, nafsu makan berkurang pernah dialami semua orang. Tapi, apakah penyebab nafsu makan seseorang menurun dan bagaimana cara mengatasinya?
Kurang selera sementara yang tidak menjejaskan berat badan yang ketara adalah perkara yang sering berlaku. Ianya berlaku apabila seseorang merasa tekanan perasaan, menghadapi jangkitan seperti demam selsema, semasa menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pada peringkat awal mengandung.
Kurang selera makan yang berterusan disertai dengan pengurangan berat badan mungkin petanda seseorang itu mengalami penyakit yang serius.
Contoh penyakit yang boleh menyebabkan kurang selera makan adalah :
1️⃣ Anorexia nervosa
2️⃣ Kanser
3️⃣ Jangkitan kronik seperti HIV dan tuberculosis
4️⃣ Hypothyroidism (kekurangan hormon thyroid)
5️⃣ Penyakit hati dan buah pinggang yang kronik
Pengambilan dadah seperti amphetamines, morphine, codeine dan sebagainya juga boleh menyebabkan kurang selera makan.
Sila berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan lanjut, sekiranya anda mengalami kurang selera makan disertai dengan pengurangan berat badan yang mendadak, berasa lesu, batuk berterusan, demam berlanjutan, sesak nafas, perubahan tabiat membuang najis atau apa- apa gejala yang menjejaskan aktiviti dan fungsi harian anda.