RAWATAN YANG MEMBATALKAN PUASA

Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa.

Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami tentang perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚.

✅ Pengambilan ubat jenis biji dan ubat minum.
✅ Penggunaan alat sedutan (* inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik.
✅ Memasukkan sebarang tiub kecil (pesari) atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian dan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
✅ Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita.
✅ Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.
✅ Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.
✅ Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.

Setiap muslim aqil baligh adalah diwajibkan berpuasa. Namun begitu, mengikut pandangan agama dan perubatan secara khususnya, orang sakit adalah diharuskan untuk meninggalkan puasa sekiranya tidak mampu.

Mereka wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan itu (qada). Sekiranya mereka masih mahu berpuasa, pengawasan yang rapi adalah diperlukan. Jika memudaratkan, mereka wajib untuk berbuka.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI