Hampir setiap hari pedih ulu hati. Kenapa keadaan ini berlaku ?
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup.
Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan makanan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari.
Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD).
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk :
✅ Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
✅ Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
✅ Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam atau masin di belakang tekak
✅ Sendawa
✅ Batuk yang teruk
✅ Suara menjadi serak
✅ Pernafasan berbunyi seperti serangan asma
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser atau kanser.
Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan Barret’s oesophagus.