Morning Sickness ? Ini Cara Mudah Untuk Atasi

Morning sickness adalah perkara biasa bagi ibu hamil, terutamanya dalam trimester pertama. Walaupun namanya “morning sickness”, loya dan muntah boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Keadaan ini berpunca daripada perubahan hormon dalam badan yang menyokong kehamilan.

Jika anda sedang mengalaminya, jangan risau! Berikut beberapa cara untuk mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil:

✅ Makan Kerap & dalam Kuantiti Kecil – Perut kosong boleh memburukkan loya. Ambil makanan ringan seperti biskut atau roti.

✅ Elakkan Makanan Berminyak & Pedas – Pilih makanan yang mudah dihadam seperti buah dan sayur kukus.

✅ Minum Air Secukupnya – Jika air kosong buat anda loya, cuba air lemon suam atau teh halia.

✅ Ambil Halia – Halia membantu mengurangkan loya. Cuba teh halia atau biskut halia.

✅ Elakkan Bau yang Mencetuskan Loya – Bau minyak masak atau wangian kuat boleh memburukkan keadaan. Pastikan pengudaraan baik.

✅ Makan Sebelum Bangun Tidur – Ambil biskut kering sebelum bangun untuk elak perut kosong.

✅ Ambil Vitamin Sebelum Tidur – Jika vitamin kehamilan buat anda loya, cuba ambil sebelum tidur.

✅ Dapatkan Rehat Cukup – Keletihan boleh memburukkan morning sickness. Tidur awal dan elakkan tekanan.

Jika loya terlalu teruk hingga tak boleh makan atau minum, segera berjumpa doktor. Semoga kehamilan anda lebih selesa!

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI