KOMPILASI DIABETES MELLITUS JIKA TIDAK DIKAWAL

Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa.

Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.

Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:

1️⃣ Ginjal : kegagalan ginjal
2️⃣ Mata : kebutaan
3️⃣ Jantung : serangan sakit jantung, serangan angin ahmar
4️⃣ Salur darah : tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak)
5️⃣ Sistem saraf : masalah deria
6️⃣ Organ reproduktif : mati pucuk (impotent)
7️⃣ Kaki : masalah kaki (diabetic foot)
8️⃣ Kulit : jangkitan kulit berulang seperti bisul

Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.

Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang.

Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI