Keguguran, atau pengguguran spontan, adalah kejadian yang mengakibatkan kehilangan janin dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan.
Ia biasanya berlaku pada trimester pertama, atau tiga bulan pertama semasa kehamilan.
Keguguran boleh berlaku kerana pelbagai sebab perubatan, yang kebanyakannya tidak dapat dikawal oleh wanita yang sedang hamil.
Terdapat pelbagai jenis keguguran yang boleh berlaku iaitu :
▪️ Ancaman keguguran (Threatened miscarriage)
Ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung. Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan. Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes tidak berakhir dengan keguguran.
▪️ Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage)
Keguguran tidak dapat dielakkan. Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.
▪️ Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage)
Bermakna kandungan telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
▪️ Keguguran lengkap (complete miscarriage)
Kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
▪️ Keguguran septik (septic miscarriage)
Ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)