CAHAYA CERAH SEHINGGA GANGGU PENGLIHATAN ?

Kehadiran cahaya sememangnya penting untuk melihat dengan jelas, namun cahaya yang terlalu cerah pula membawa kemudaratan! Kondisi silau mata ini menimpa ramai orang. Kondisi ini turun dikenali sebagai rabun silau.

Fotofobia (sensitif terhadap cahaya) ialah suatu gejala di mana mata menjadi sensitif yang melampau terhadap cahaya seterusnya pesakit yang mengalami simptom ini akan cuba mengelak dari cahaya matahari atau tempat terang.

Pesakit yang mempunyai masalah fotofobia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata atau sistem urat saraf.

Fotofobia sering dialami oleh pesakit konjuntivitis akut. Penyebab fotofobia yang lain adalah mata yang mempunyai luka dipermukaan kornea, ulser kornea, mata yang mempunyai warna yang cerah (seperti kes albino), uveitis (radang mata), katarak (sesetengah jenis) dan sesiapa yang menderita akibat migraine.

Di antara penyebab yang disebut di atas, uveitis adalah merupakan penyakit mata yang serius yang boleh menyebabkan banyak koplikasi jika tidak dirawat.

Yang lebih penting, fotofobia juga merupakan gejala kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti :
👉 Botulisma,
👉 Rabies
👉 Keracunan raksa atau meningitis (radang selaput otak)

Rawatan yang terbaik untuk fotofobia ini adalah merawat punca masalah. Di dalam kebanyakan kes, apabila faktor penyebabnya telah dirawat, fotofobia akan hilang.

Sewaktu menjalani rawatan, pesakit hendaklah mengelak dari terdedah kepada cahaya matahari dan sebarang cahaya lain yang terang untuk mengurangkan ketidakselesaan. Memakai topi yang lebar dan cermin mata gelap dengan perlindungan ultraungu juga boleh mengurangkan gejala fotofobia.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI