Bila dah pregnant, mesti ibu bapa semua nak tau apa gender baby dlm perut tu kan. Yela, bila dah tau senang lanak prepare barang baby bila baby dah lahir nanti. Betul tak?
Sebenarnya masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahim.
Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak.
Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran aiakan melindungi alat kelamin bayi itu.
Terlalu sukar bagi menentukan jantina bayi di awal kehamilan kurang 20 minggu kerana secara amnya walau secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa persenywaaan, namun semasa perkembangan awal embrio, semua bayi yang masih kecil kelihatan sama.
𝐒𝐜𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐚 ?
👉 Scan 2D sebenarnya sudah memadai.
👉 Boleh dikatakan almost 100% accurate. Tapi, ia juga bergantung pada posisi baby waktu tu lah.
Boleh je kalau nak buat scan 4D seawal 18 minggu, cuma kurang digalakkan sebab baby sgt aktif, baby fat belum terbentuk dgn sempurna, jadi imej akan jadi kurang memuaskan (berbanding kalau 4D dibuat pada usia baby lebih besar).