BERHENTI MEROKOK BOLEH MENINGKATKAN KESIHATAN GIGI ANDA !

Berhenti  merokok adalah satu langkah yang benar-benar positif untuk anda. Jika anda boleh bersabar untuk  menerima cabaran dan akhirnya berjaya, anda akan mencapai kepuasan dan lebih  yakin bahawa anda boleh mengawal kesihatan anda dengan lebih baik dari sudah.

Berhenti  merokok  boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda dengan ketara  dengan  cara-cara berikut :

1️⃣ Mengurangkan risiko terhadap penyakit pergigian
✅ Tidak kira berapa lama anda telah menggunakan produk tembakau, berhenti  merokok sekarang boleh mengurangkan risiko penyakit gusi, kehilangan gigi dan masalah-masalah kesihatan pergigian  lain.
✅Apabila anda sudah  berjaya berhenti merokok , risiko kesihatan akan berkurangan perlahan  lahan sehingga suatu hari  akan mencapai hampir sama seperti orang yang  tidak pernah merokok.

2️⃣ Gusi  menjadi yang lebih sihat
✅ Apabila berhenti merokok,  gusi  boleh dihindari dari menjadi longgar dalam masa jangka panjang.
✅ Perubahan pemulihan gusi akan menjadi lebih ketara selepas satu tahun berhenti merokok,

3️⃣ Penambahbaik deria bau dan rasa
✅ Apabila deria bau dan rasa sudah pulih, anda akan boleh menikmati makanan dengan lebih  baik.
✅ Kepuasan yang dinikmati adalah berbaloi kerana anda akan merasa lebih sihat dan bangga kerana boleh mengawal kesihatan diri sendiri.

4️⃣ Mencegah mulut berbau untuk meningkatkan keyakinan
✅ Dengan pengurangan mulut berbau, anda akan  meningkatkan keyakinan anda apabila bersosial dengan orang di sekeliling anda.

5️⃣ Menambahbaik peredaran darah ke tisu mulut
✅ Berhenti merokok akan meningkatkan aliran kapilari dan arteriolar darah. Ini membuat penampilan anda menjadi lebih berseri dan kelihatan segar. 

6️⃣ Meningkatkan estetika gigi anda
✅ Selagi anda merokok, rawatan untuk pembersihan gigi agak sukar dilakukan dengan jayanya kekotoran akan berulang-ulang kemudian.
✅ Selagi anda masih merokok, rawatan hasil hanya sementara. Jadi, jika anda berhasrat untuk kejayaan jangka panjang, anda perlu berhenti.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI