BAGAIMANA MENGELAK GIGI SENSITIF ?

Gigi sensitif boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian mendapati bahawa orang dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun lebih berkemungkinan melaporkan gigi sensitif di mana tempoh puncak hipersensitiviti dentin berlaku pada umur 30 hingga 40 tahun.

Walaupun sebab sebenar hal ini tidak diketahui, ini mungkin berkaitan dengan fakta bahawa struktur fizikal gigi berubah mengikut umur.

Walau bagaimanapun, individu yang lebih tua lebih berkemungkinan mengalami gusi menyusut, iaitu salah satu punca gigi sensitif. Kadangkala isu utama ialah kehausan pada enamel gigi, yang berlaku dari semasa ke semasa.

Jadi bagaimana kita nak mengelakkan gigi sensitif ?

1️⃣ Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan kesemua bahagian gigi dengan teknik memberus dan memflos gigi yang betul.
2️⃣ Elakkan cara memberus secara mendatar kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan gigi merasa ngilu.
3️⃣ Gunakan berus gigi berbulu lembut. Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.
4️⃣ Gunakan ubat gigi berfluorida. Penggunaan ubat gigi berfluorida bersama ubat kumur setiap hari dapat melindungi gigi anda kerana fluorida menolong menguatkan lapisan enamel.
5️⃣ Awasi pemakanan anda. Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin.
6️⃣ Rawat tabiat mengasah gigi. Jika anda mengetap atau mengasah gigi, gunakan pelindung gigi semasa tidur.
7️⃣ Berjumpa doktor gigi pada kala yang tetap. Dapatkan pemeriksaan gigi, pembersihan gigi, cara-cara menjaga gigi dan rawatan fluorida daripada doktor gigi anda setiap 6 bulan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI