Harus anda ketahui bahawa cirit-birit tidak seharusnya berlanjutan lebih daripada beberapa hari.
Kebanyakan kes cirit birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit birit, lakukan seperti berikut :
✅ Minum banyak air
✅ Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
✅ Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi
✅ Elakkan kafein dan alkohol
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :
1️⃣ Haus yang berlebihan
2️⃣ Mulut dan kulit kering
3️⃣ Kurang atau tiada air kencing
4️⃣ Keletihan yang teruk
5️⃣ Pitam
6️⃣ Kulit menjadi gelap
Cirit-birit di kalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
✅ Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
✅ Demam panas
✅ Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
✅ Mulut kering atau menangis tanpa air mata
✅ Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
✅ Perut, mata atau pipi yang cengkung
✅ Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus.