APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK ANDA TERCEKIK ?

Apabila seorang kanak-kanak sedang tersedak atau tercekik, ia bermaksud terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea (laluan pernafasan).

Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik ?

Kanak-kanak mungkin akan mengalami:

✅ Sesak nafas secara tiba-tiba
✅ Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan)
✅ Menggenggam kerongkong
✅ Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan
✅ Bernafas dengan cepat
✅ Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas
✅ Pengsan
✅ Berhenti bernafas

Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :

✅ Batuk yang berterusan
✅ Termengah-mengah
✅ Tiada apa-apa tanda

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik ?

Langkah-langkah jika anak anda tercekik :

1️⃣ LAKUKAN :
👉 Tunggu sehingga mangsa batuk
👉 Minta bantuan
👉 Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan
👉 Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan

2️⃣ JANGAN :
👉 Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa
👉 Mendongakkan kepala mangsa

Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI