Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur.
Ia adalah masalah peribadi dan agak memalukan bagi sesetengah orang. Untuk memberitahu kawan rapat mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Seseorang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat.
Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.
1️⃣ Mulut :
✅ Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
✅ Kerosakan gigi (karies gigi)
✅ Penyakit gusi (penyakit periodontium)
✅ Makanan melekat di celah gigi
✅ Gigi palsu yang tidak bersih
✅ Bau mulut ketika bangun tidur
✅ Mulut kering
✅ Tabiat bernafas melalui mulut
2️⃣ Jenis makanan :
✅ Bawang
✅ Bawang putih
✅ Kopi
✅ Tembakau
✅ Minuman alkohol
3️⃣ Keadaan kesihatan :
✅ Diabetes
✅ Penyakit hati
✅ Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
✅ Jangkitan di paru-paru
✅ Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).