Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi asing di dunia ini. Mereka menjadi terasing kerana apa yang dikata tidak difahami atau salah tafsir.
Beliau juga mungikn akan mengalami kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Terdapat 3 jenis kecacatan pendengaran:
1️⃣ ‘Conductive’ (Gangguan aliran bunyi) – Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga
2️⃣ ‘Sensorineural’ (saraf deria) – Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf ‘auditory’
3️⃣ ‘Mixed’ (gabungan) – Adalah kombinasi daripada jenis ‘conductive’ dan ‘sensorineural’
Kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk. Pendengaran sangat teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.
Apakah punca terjadinya pekak/tuli ?
✅ Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
✅ Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
✅ Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
✅ Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
✅ Jangkitan kuman seperti ‘congenital rubella’ atau ‘congenital syphilis’
✅ Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
✅ Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
✅ Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
✅ Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
✅ Gegendang telinga telah pecah
✅ Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
✅ Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
✅ Peningkatan umur (Warga emas)