Apa Persediaan Yang Perlu Di Lakukan Sebelum Bersalin ?

Kelahiran bayi adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh bakal ibu dan bapa, sudah pastinya anda sangat gembira dan teruja dengan kedatangan orang baru di dalam keluarga.

Tetapi perlu diingat, banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum menimang cahaya mata. Berikut merupakan beberapa persediaan sebelum bersalin.

1️⃣ Kewangan
Menyediakan wang yang mencukupi untuk persediaan semasa kelahiran, walaupun anda merancang untuk bersalin secara normal, tetapi anda tidak dapat menjangkakan sekiranya anda perlu menjalani pembedahan.

2️⃣ Pemakanan
Untuk makanan ketika hamil, para ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjamin kesihatan bayi didalam kandungan.

3️⃣ Lokasi hospital bersalin
Lokasi yang dipilih haruslah berdekatan dengan tempat kediaman dan tiada kesesakan lalu lintas. Mungkin ada yang kerja jauh dari rumah. Pandai-pandai pilih lokasi hospital bersalin yang tidak terlalu jauh.

4️⃣ Kelengkapan bayi
Apabila telah mencapai usia kandungan 7 bulan, bersiap sedialah membeli barangan bayi dan menyediakan senarai kelengkapan bayi. Seeloknya beli terlebih dahulu barangan yang diperlukan oleh bayi sebelum mereka dilahirkan.

5️⃣ Kelengkapan ibu
Menyediakan segala jenis kelengkapan ibu seperti pakaian atau ubat-ubatan. Yang paling penting adalah kad pengenalan dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil. Jangan terlupa bawa pula semasa mahu mendaftar bersalin nanti.

6️⃣ Persediaan berpantang
Untuk kelancaran proses berpantang, para ibu memerlukan kelengkapan yang mencukupi. Merancang siapa yang menjadi tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI