APA ITU LEUKEMIA ?

Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia.

Sel-sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama bebanding sel-sel darah yang normal.

Oleh sebab itu, sel-sel leukemia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.

Terdapat 2 jenis leukemia yang utama iaitu :

1️⃣ Acute Leukaemia
2️⃣ Chronic Leukaemia

Acute Leukaemia” adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding “Chronic Leukaemia” yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Setiap jenis leukemia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukemia ini mula terjadi iaitu dari jenis “myeloid” atau “lymphoid”. Dengan ini terdapat 4 kumpulan penyakit leukemia yang utama iaitu :

✅ Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
✅ Chronic Lymphocytic Leukaemia (CLL)
✅ Acute Myeloid Leukaemia (AML)
✅ Chronic Myeloid Leukaemia (CML)

Penyakit leukemia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Dalam prosedur ini, satu sample darah sum-sum diperolehi daripada sum-sum tulang yang kebiasaanya tulang pinggul.

Prosedur ini merupakan prosedur yang selamat dan hanya memerlukan bius setempat. Kemudian sampel darah sum-sum ini diperiksa dengan menggunakan beberapa ujian khas untuk mengenalpasti jenis sel leukemia berkenaan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI