Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh penyakit yang boleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat dengan peningkatan umur.
Sebab-sebab lemah jantung:
👉 Penyakit jantung koronari
👉 Tekanan darah tinggi
👉 Masalah injap jantung
👉 Kadar denyutan jantung yang luar biasa
👉 Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
👉 Diabetes
👉 Penyakit jantung akibat alkohol
👉 Penyakit Kelenjar Tiroid
Rawatan untuk penghidap lemah jantung :
1️⃣ Bukan farmakologi
✅ Pengambilan air dan garam secara terhad
✅ Senaman berkala mengikut kemampuan
✅ Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol
2️⃣ Farmakologi
✅ Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
✅ Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
✅ Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencegah penyakit lemah jantung. Apa yang anda boleh lakukan adalah melakukan senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor), pemakanan sihat dan seimbang,tidak merokok dan tiidak minum minuman beralkohol.