Gejala penyakit tiroid sering kali menyerupai penyakit lain sehingga seseorang yang menghadapi masalah tiroid tidak mengetahui adakah itu gejala yang berkaitan dengan masalah tiroid.
Sekiranya anda mengalami gejala seperti dibawah, jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan dengan segera.
1️⃣ Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
✅ Tangan menggeletar (tremor)
✅ Rasa gementar
✅ Degupan jantung yang laju
✅ Mudah berpeluh dan panas
✅ Susut berat badan
✅ Lesu dan cepat berasa letih
2️⃣ Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
✅ Lesu
✅ Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
✅ Kulit kering
✅ Sembelit
✅ Sentiasa berasa sejuk
✅ Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar
Barah tiroid terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.