SAKIT DADA..ADAKAH TANDA SAKIT JANTUNG ?

Pernah dengar tak cerita “Saya baru jumpa si A semalam, tiba2 pagi tadi isteri dia kejut bangun subuh rupanya dah tak ada (meninggal dunia)”.
“B tu elok2 dok makan, tiba2 je tak de”.

Banyak terjadi kes kematian mengejut dan pesakit tak kira usia muda atau tua. Jadi jangan main2 dengan sakit dada.

Kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada berlaku apabila dada terasa berangin, perut sebu, terasa sesak, berat atau rasa seperti ditekan’.

Sakit dada merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan.

Sakit dada merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.

Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit pada dada ini tidak mengalami serangan jantung.

Jadi apakah punca sakit pada bahagian dada ?

✅ Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat
✅ Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung
✅ Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
✅ Sakit di bahagian perut hingga ke dada
✅ Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.
✅ Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
✅ Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh
✅ Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
✅ Sakit belakang

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI