Kelahiran pramatang diklasifikasikan sebagai kelahiran yang berlaku 3 minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi, (EDD).
Bayi lahir tidak cukup bulan, khususnya yang dilahirkan sangat awal sering mengalami masalah perubatan rumit.
Komplikasi bagi kelahiran tidak cukup bulan ini adalah berbeza.
Si manja mungkin mempunyai gejala kelahiran bayi pramatang ringan atau simptom yang sangat jelas, iaitu:
▪️ Saiz badan kecil, dengan ukuran kepala lebih besar
▪️ Bentuk tubuh tampak lebih tajam, berbeza dengan keadaan bayi cukup bulan yang lebih bulat. Ini disebabkan kekurangan simpanan lemak
▪️ Mempunyai rambut halus (lanugo) yang meliputi hampir sebahagian besar tubuh
▪️ Suhu badan yang rendah, terutamanya sejurus selepas kelahiran ketika di bilik bersalin kesan kurang lemak badan yang tersimpan
▪️ Mengalami kesukaran bernafas atau berkaitan masalah pernafasan
▪️ Kekurangan refleks untuk menyusu dan menelan, yang menjurus kepada kesukaran untuk proses penyusuan
Sekiranya anda melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, si manja mungkin perlu berada di hospital lebih lama.
Doktor dan pasukan khas dengan latihan khusus untuk merawat bayi yang lahir tidak cukup bulan bersedia untuk membantu dan menjaga si manja.
Si manja mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk menyusu dan menyesuaikan diri selepas kelahiran.