TEKNIK MENYUSUKAN BAYI BARU LAHIR

Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas bersalin.

Beberapa hari selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat dan berwarna cerah kekuningan yang dipanggil kolostrum. Kolostrum merupakan makanan pertama yang terbaik untuk bayi.

Anda dinasihatkan memberi susu ibu sahaja dari lahir hingga anak berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga anak mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.

Cara menyusu dengan baik adalah :

▪️Pastikan anda duduk dalam keadaan yang selesa.
▪️Pegang bayi rapat menghadap anda dan payu dara.
▪️Gunakan bantal untuk menyokong bahagian kepala, bahu, belakang, pinggang dan lengan anda.
▪️Pastikan perut bayi bersentuhan dengan perut anda.
▪️Pastikan kepala, leher dan belakang bayi lurus dan diampu.
▪️Pastikan muka bayi menghadap payudara, hidung bertentangan dengan puting.
▪️Jangan membongkok semasa menyusukan bayi.

Memulakan Penyusuan – Teknik Pelekapan

✅ Pegang payu dara dengan cara pegangan “C”
✅ Sentuhkan puting payudara ke bibir bayi bagi merangsang bayi untuk membuka mulutnya.
✅ Pastikan bayi membuka mulut dengan luas.
✅ Rapatkan mulut bayi ke payu dara.
✅ Perhatikan perkara-perkara berikut untuk memastikan pelekapan yang betul:
👉 Mulut bayi merangkumi sebahagian besar tompok hitam (areola) payu dara.
👉 Bibir bayi melengkup keluar.
👉 Dagu bayi menyentuh payu dara.
👉 Pipi bayi kelihatan penuh dan bulat.
👉 Dengar nada hisapan “hisap-telan-hisap-telan”.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI