4 JENIS MEDICAL CHECK-UP UNTUK PEKERJA

Medical check up boleh membantu mengesan penyakit seperti NCD yang dibuktikan mengganggu produktiviti pekerja.

Jadual seorang pekerja yang padat, komitmen peribadi dan profesional menjejaskan kesihatan mental serta fizikal mereka.

Terdapat pelbagai jenis medical check-up untuk pekerja. Antaranya:

1️⃣ Pemeriksaan Fizikal
▪️ Pemeriksaan fizikal rutin ialah penilaian umum kesihatan anda secara keseluruhan.
▪️ Dalam pemeriksaan fizikal, anda akan ditanya soalan umum tentang kesihatan anda dan diuji refleks, penglihatan dan pendengaran.
▪️ Pemeriksaan fizikal juga boleh melibatkan ujian ketahanan bagi menilai ketahanan fizikal, kekuatan, fleksibiliti atau kelajuan anda.
▪️ Ujian ini mungkin termasuk berlari pusingan, melakukan senaman mudah seperti tekan tubi atau mengangkat sejumlah berat.
▪️Anda biasanya hanya diminta untuk melengkapkan ujian keupayaan fizikal jika pekerjaan anda memerlukan pekerja untuk sihat secara fizikal.

2️⃣ Fitness to Work Assessment
▪️Fitness to Work Assessment adalah sebahagian daripada langkah kawalan oleh syarikat untuk menguruskan risiko mereka kepada/daripada pekerja.
▪️Kriteria bagi ujian ini adalah berdasarkan undang-undang dan penilaian risiko syarikat yang berkaitan dengan kondisi kesihatan pekerja.
▪️Pekerja mestilah berada dalam keadaan kesihatan mental, fizikal dan emosi yang baik untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap.

3️⃣ Medical Surveillance /Pemantauan Perubatan
▪️Pendedahan kepada bahaya dan bahan kimia di tempat kerja tertentu hanya boleh dikesan melalui urinalisis (ujian air kencing) dan saringan darah.
▪️Bahaya tempat kerja termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
👉 Penggunaan dadah dan minuman keras
👉 Parakuat (di dalam racun serangga perosak)
👉 Plumbum (penyaduran logam dan goresan)
👉 Merkuri (penyaduran logam dan goresan)
👉 Benzene (digunakan dalam pelarut industri)
▪️Ujian darah dan air kencing untuk kesan bahan berbahaya membolehkan anda menentukan sama ada langkah kawalan risiko anda mencukupi atau jika pekerja terdedah.
▪️Ujian ini boleh menjadi ujian tersendiri atau menjadi sebahagian daripada program pengawasan kesihatan (health surveillance).

4️⃣ Return to Work Program
▪️Program ini merupakan pendekatan proaktif dalam menguruskan pekerja yang sakit/cedera.
▪️Program ini mempunyai impak yang paling besar dalam menangani pekerja yang tidak boleh bekerja dalam tempoh yang lama.
▪️Ramai majikan terperangkap dalam dilema sama ada untuk menamatkan atau tidak pekerja yang tidak produktif (menjadi tidak produktif kerana berkaitan kesihatan/kecederaan).
▪️Penamatan pekerja tanpa keadilan boleh membawa kepada akibat undang-undang dan ini program ini boleh mengurangkan risiko tersebut.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI