1️⃣ Jantung berlubang tanpa kebiruan
👉 Ventricular septal defect (VSD) : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan darah mengelencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru. Lubang yang kecil biasanya tertutupsecara sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut.
👉 Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan alat penutupan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
👉 Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
👉 Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan coil atau alat sumbatan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar selalunya memerlukan pembedahan jantung untuk menutupnya. Bayi yang lahir pramatang berisiko mempunyai saluran PDA ketika sakit dan boleh diberikan ubat untuk menutupnya.
2️⃣ Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)
👉 Transposition of great arteries (TGA): dalam hal ini pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang tebalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru malah kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur kecemasan sejurus selepas kelahiran.
👉 Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru. Pembedahan paliatif (meringankan simtom) biasanya dilakukan sebelum pembedahan definitif.
3️⃣ Kecacatan jantung jenis sumbatan
👉 Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan di injap atau di arteri pulmonary. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan belon yang dikembangkan di tempat tersempit ini atau pun secara pembedahan.
👉 Aortic stenosis (AS). Saluran atau injap aorta yang sempit yang akan memmberi bebean ke atas ventrikal kiri. KAnak-kanak ini perlu diberi perhatian yang lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana mereka perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat